Penyelesaian
Jika anda masih tidak dapat mengemaskini perkhidmatan amaran (bencana alam) ataupun perkhidmatan memohon bantuan, anda berkemungkinan menghadapi masalah perkhidmatan GPS kawasan di dalam peranti mudah alih anda.
Sila pilih tetapan mod Pesawat (flight mode) dalam peranti mudah alih Android anda. Tekan pada butang mod Pesawat untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan. Jika aplikasi anda masih tidak boleh dibuka, tindak balas, tutup serta merta atau memaparkan ralat, anda boleh mengikuti langkah tersebut;
Semak sambungan talian
Buka aplikasi pelayar internet anda, taipkan www.google.com dan tekan butang teruskan atau ‘Go’. Jika halaman gagal untuk dipaparkan, maka berkemungkinan anda menghadapi masalah sambungan talian internet. Sila semak manual peranti mudah alih anda atau hubungi pembekal perkhidnatan internet anda untuk memulihkan sambungan talian internet sebelum kembali menggunakan aplikasi Mobiva Citizen.
Semak pengemaskini aplikasi
Di dalam peranti mudah alih Android, sila buka aplikasi tetapan peranti, cari kemaskini aplikasi dan tekan butang kemaskini manual. Fungsinya adalah untuk mencapai kemaskini terbaru yang tersedia oleh Android dan kemaskini yang diperlukan untuk peranti mudah alih anda. Buka aplikasi Google Playstore dan tekan butang aplikasi saya & permainan (My Apps & Games). Jika kemaskini terbaru dari Mobiva Citizen tersedia, sila tekan butang kemaskini. Tutup dan buka semula aplikasi Mobiva Citizen.
Untuk peranti mudah alih Android.
Sila tekan pada butang aplikasi terkini (Recent app) dan cari aplikasi Mobiva Citizen, tolak ketepi aplikasi untuk menutup aplikasi dari berjalan di belakang tabir. Cari dan tekan semula aplikasi Mobiva Citizen di halaman utama peranti mudah alih anda.
Hidupkan semula peranti mudah alih
Tekan butang kuasa (power) peranti mudah alih anda beberapa ketika sehingga skrin peranti dipadamkan. Selepas seminit, tekan semula butang kuasa (power) untuk menghidupkan kembali peranti mudah alih anda. Selesai ke halaman utama peranti mudah alih anda, tekan pada aplikasi Mobiva Citizen.
Memasang semula aplikasi Mobiva Citizen
Sila buka aplikasi Google Playstore dan cari aplikasi Mobiva Citizen. Tekan butang nyahpasang (uninstall) dan tunggu sehingga prosesnya selesai. Setelah selesai, tekan butang pasang (install) dan tekan butang buka setelah proses pasang selesai.
Sekiranya anda terlupa kata laluan, sila tekan pada butang Profil. Tekan pada butang set semula kata laluan.
Sekiranya nombor telefon anda sudah didaftarkan sebagai akaun Mobiva Citizen, anda tidak dibenarkan untuk menggunakan nombor telefon yang sama untuk mendaftar sebagai pengguna baru. Aplikasi Mobiva Citizen tidak membenarkan nombor telefon yang sama bertindih antara dua akaun berbeza. Jika anda memerlukan bantuan, sila layari halaman https://mobiva.net/contact-us atau hantarkan email kepada support@mobiva.net
Jika perkara ini berlaku kepada anda, sila tutup dan buka semula aplikasi Mobiva Citizen. Berkemungkinan sambungan talian internet anda terganggu/ terputus atau anda telah menyahaktifkan fungsi lokasi GPS dalam peranti mudah alih anda. Jika perkara di atas telah dilakukan dan masih terdapat ralat, sila hubungi kami di halaman https://mobiva.net/contact-us atau hantarkan email kepada support@mobiva.net
