Penguna Baru

Untuk memulakan penggunaan Mobiva Citizen, sila ke halaman Google Playstore dalam peranti anda dan muat turun. Tekan pada butang ‘Daftar pengguna baru’ jika belum pernah log masuk. Langkah mendaftar adalah ringkas dan mudah difahami. Laman Google Palystore : https://play.google.com/store/apps/details?id=mobiVA.Citizen

Dua cara untuk mendaftar sebagai pengguna baru iaitu melalui butang Daftar Pengguna Baru atau melalui butang Sign in with Google.

Makluman mengenai bencana alam ditetapkan mengikut negara yang anda daftarkan. Anda perlu ke halaman Profil dan pilih negara yang anda berada sekarang sebelum menekan butang kemas kini. Bencana alam seperti gempa bumi dan ribut taufan hanya berlaku di negara Filipina. Untuk negara selainnya, hanya makluman mengenai gemba bumi sahaja akan dipaparkan pada halaman Amaran. Jika negara yang anda daftarkan tiada makluman bencana alam, sila tukar pilihan kepada ‘Seluruh dunia’. Namun informasi berikut mungkin tidak berkaitan dengan anda.

Amaran

Amaran/Peringatan yang dihebohkan melalui pegawai keselamatan bencana adalah pengumuman penting berkenaan dengan proses pemindahan. Selain itu, amaran bencana alam seperti banjir, ribut petir dan sebagainya turut dipaparkan dalam halaman Amaran. Fungsinya adalah berbentuk siaran mesej di dalam aplikasi.

Aplikasi Mobiva Citizen adalah aplikasi percuma yang bergantung pada maklumat dari luar khusus untuk bencana alam. Kami tidak mewakili mana-mana badan kerajaan, perkhidmatan meteorologi negara atau mana-mana penghantar rasmi buletin dan informasi. Maklumat yang terkandung dalam makluman kami adalah petunjuk semata-mata dan tidak boleh digunakan untuk sebarang membuat keputusan tanpa merujuk sumber maklumat rasmi alternatif.

Fungsi

Fungsi ketetapan kontak kecemasan adalah untuk membenarkan pengguna menghantar SOS mesej kepada kontak kecemasan yang telah ditetapkan dalam halaman Ketetapan, bertujuan untuk mendapatkan bantuan segera. Apabila anda mengaktifkan penggera, mesej ringkas beserta lokasi terkini anda akan dihantar kepada kontak kecemasan yang telah anda tetapkan. Sila pastikan mesej ringkas tersebut sah telah dihantar melalui aplikasi pesanan mesej ringkas anda.

Aplikasi Mobiva Citizen digunakan untuk melaporkan bencana alam yang berlaku di kawasan sekitar anda apabila ada risiko akan memudaratkan keselamatan orang lain yang setempat dengan anda. Aplikasi ini juga membantu anda mendapatkan bantuan pantas melalui tetapan nombor telefon pegawai bencana alam nasional. Aplikasi ini juga menawarkan proses pemindahan untuk mendapatkan bantuan keselamatan.

Aplikasi Mobiva Citizen adalah aplikasi komuniti sejagat yang menawarkan perkhidmatan bantuan berdasarkan tetapan liputan kawasan. Jika butang tersebut diaktifkan, maka perkhidmatan bantuan tersedia di kawasan anda.

Mobiva Citizen menawarkan fungsi ringkas butang dail nombor agensi kerajaan nasional dan tempatan yang berkaitan. Pihak kami tidak menawarkan perkhidmatan bantuan kecemasan secara langsung. Nombor telefon kecemasan yang dipaparkan adalah ditetapkan mengikut negara yang didaftarkan. Jika terdapat ralat di dalam nombor telefon yang dipaparkan, sila maklumkan kepada kami melalui email ke support@mobiva.net dan nasihat kami nombor yang betul.

Jika anda tidak membenarkan fungsi GPS di dalam perantin mudah alih, anda berkemungkinan tidak mendapat fungis sepenuhnya dari aplikasi Mobiva Citizen seperti muat turun peta dan menghantar maklumat amaran bencana alam. Tanpa fungsi GPS, anda tidak dapat menghantar lokasi terkini anda kepada kontak kecemasan apabila anda memerlukan bantuan pada waktu kritikal melanda. Kami sangat menyarankan anda sentiasa mengaktifkan fungsi GPS supaya aplikasi Mobiva Citizen dapat berfungsi dengan baik.

Tekan butang tetapan dan tekan butang log keluar. Sila masukkan kata laluan dan tekan butang saya pasti.

Sekiranya anda telah meminta bantuan dari butang halaman Bantuan Perubatan Kecemasan, pihak kecemasan (EMT responder) akan ditugaskan menghulurkan bantuan perubatan kecemasan kepada anda. Apabila pihak kecemasan (EMT responder) memaklumkan ‘Dalam Perjalanan’, anda akan menerima mesej ringkas dan peta halaman Bantuan Perubatan Kecemasan akan dikemaskini dengan lokasi terbaru pihak kecemasan (EMT responder) berada.

Bantuan perubatan yang disediakan oleh gabungan tempatan yang dikawal selia oleh majlis bandaran anda masing-masing. Perkhidmatan bantuan perubatan yang disediakan di dalam aplikasi Mobiva Citizen membenarkan pengguna menghubungi bantuan kecemasan pada bila-bila masa. Panggilan yang anda lakukan akan dikendalikan oleh pusat kecemasan kawasan setempat.

Proses pemindahan hanya dikhaskan untuk anggota pengurusan krisis apabila pemindahan diperlukan pada waktu itu. Anda akan dimaklumkan untuk segera berkumpul di kawasan selamat. Contoh; Sewaktu gempa bumi berlaku, proses pemindahan akan diaktifkan oleh anggota pengurusan krisis untuk memaklumkan pengguna dan juga meggerakkan orang awam untuk segera ke kawasan selamat. Sekiranya anda dimaklumkan amaran proses pemindahan telah diaktifkan, sila ikut arahan dan rujuk peta ke kawasan selamat yang dipaparkan sebagai petunjuk yang telah ditetapkan oleh anggota pengurusan krisis. Setibanya di kawasan selamat, sila akur dengan arahan dari anggota pengurusan krisis untuk tindakan selanjutnya.

Lokasi pemindahan dikawal oleh perbandaran tempatan anda untuk beberapa edisi bergantung pada lokasi. Sekiranya tersedia, anda boleh melihat senarai beberapa nama kawasan. Sila pilih lokasi yang terdekat dengan anda. Sekiranya tiada, proses pemindahan tidak tersedia di kawasan anda berada sekarang. Lokasi proses pemindahan hanya ditetapkan oleh anggota pengurusan keselamatan bangunan. Penggera akan berbunyi apabila proses pemindahan diaktifkan.

Bantuan perubatan hanya diaktifkan sekiranya pusat perbandaran tempatan menawarkan perkhidmatan ini kepada masyarakat. Dalam sesetengah kes, bantuan perubatan disediakan oleh pihak ketiga yang mengenakan bayaran yuran nominal sebagai perkhidmatan dari swasta. Sekiranya terdapat bayaran dikenakan, pengguna akan dimaklumkan sebut harga oleh mereka sebelum khidmat bantuan dihulurkan.

Pentadbir yang ditetapkan ditugaskan oleh pegawai keselamatan perbandaran atau bangunan tempatan yang ditugaskan oleh organisasi.

Bunyi penggera akan berbunyi dan maklumat lokasi anda berada sekarang akan dipaparkan dalam aplikasi mesej ringkas anda kepada kontak kecemasan yang telah anda tetapkan dalam halaman tetapan. Anda perlu memastikan maklumat adalah betul dan tekan butang hantar kepada kontak kecemasan anda.

Jika berlaku pengumuman proses pemindahan atau amaran bencana terkini, kesemua maklumat tersebut akan dipaparkan pada halaman ini.

Setiap amaran bencana alam mempunyai undian undi tolak untuk memastikan amaran terpapar adalah tepat ketika itu. Contoh, jika anda berada di kawasan amaran bencana alam ditanda di halaman bencana alam tetapi ketika itu anda tidak melihat apa-apa bencana alam berlaku, anda boleh menekan butang undi tolak. Setelah beberapa orang mengundi undi tolak pada kawasan tersebut, icon bencana alam tersebut akan dipadamkan dari halaman peta bencana alam.

Privasi dan Data

Pihak kami tidak berkongsi maklumat anda kepada mana-mana pihak. Anda boleh semak butiran di halaman https://mobiva.net/licenseagreement dan dasar polisi di halaman https://mobiva.net/privacypolicy

Penyelesaian

Tidak. Aplikasi Mobiva Citizen memelukan sambungan talian internet tanpa wayar atau data mudah alih untuk menghantar dan menerima maklumat.