Pendaftaran

Sila semak jika syarat berikut sesuai dengan peranti mudah alih anda dan ikut cadangan langkah berikut.

  • Nombor telefon anda adalah nombor dari negara luar negara dan tidak dilitupi oleh pihak Mobiva Citizen.
  • Tetapan pesanan mesej ringkas anda telah diaktifkan fungsi penapisan.
  • Liputan kawasan anda berada sedang dalam keadan lemah.
  • Nombor telefon anda gunakan adalah bukan dari kategori nombor panggilan. Sila rujuk pada syarikat telekomunikasi tersebut.
  • Jika anda masih tidak menerima kod ringkas OTP selepas menyemak dan mengikut langkah di atas, sila rujuk kepada kami melalui laman sesawang https://mobiva.net/contact-us

Jangan risau. Hantarkan maklumat anda ke laman sesawang https://mobiva.net/contact-us dan pihak kami akan meneliti perkara tersebut dan maklumkan kepada anda secepat mungkin.

Log masuk ke akaun

Pengesahan kod ringkas OTP berkemungkinan akan gagal jika anda memohon lebih dari satu. Sila gunakan kod ringkas OTP yang terbaru diterima dan cuba sekali lagi. Jika anda masih gagal dengan proses pengesahan kod ringkas OTP, sila maklumkan kepada kami di laman sesawang https://mobiva.net/contact-us

Jika akaun anda masih baru dan belum pernah disahkan oleh aplikasi Mobiva Citizen, sila tekan pada butang ‘ Daftar Pengguna Baru’ atau pada butang ‘Sing in with Google’. Sila ikut langkah pendaftaran untuk mendapatkan pengesahan kod ringkas OTP melalui aplikasi mesej ringkas anda. Jika anda masih gagal untuk log masuk, sila maklumkan kepada kami melalui laman sesawang https://mobiva.net/contact-us

Mengurus Akaun

Anda tidak boleh menukar alamat email yang telah didaftarkan dalam aplikasi Mobiva Citizen. Namun, anda boleh menukar nombor telefon yang didaftarkan melalui halaman Profil. Pada ruangan nombor telefon, sila taipkan nombor telefon yang baru dan tekan butang kemaskini. Skrin mini akan dipaparkan dan anda perlu memasukkan nombor telefon yang baru dan tekan butang Saya pasti. Satu kod ringkas OTP akan dihantar ke aplikasi mesej ringkas anda untuk tujuan pengesahan.

Anda boleh kemaskini gambar profil anda dengan menekan butang ikon bulat pada ruangan atas sebelah kiri halaman Profil. Pilih gambar yang sesuai melalui aplikasi kamera anda atau dari aplikasi galeri gambar anda untuk menukar gambar profil anda. Anda boleh mengemas kini semua maklumat profil anda kecuali nama pengguna & alamat email.

Nombor kontak kecemasan boleh dikemaskini dengan menekan butang Kontak atau memasukkan nombor telefon. Sila tekan butang Simpan setelah selasai memilih atau memasukkan nombor telefon kontak kecemasan anda.

Jika ada pertanyaan atau masalah, anda boleh menghubungi kami melalui laman sesawang https://mobiva.net/contact-us
Beberapa petua untuk mendapatkan pengalaman sokongan terbaik yang mungkin;
Sila kemaskini aplikasi Mobiva Citizen melalui halaman Google Playstore untuk menyelesaikan kemungkinan ralat yang sedang berlaku.
Peringatan kepada pengguna untuk tidak memuat naik maklumat sulit peribadi seperti maklumat kad kredit dan sebagainya. Pihak Mobiva Citizen tidak bertanggunngjawab atas sebarang kesilapan dari pengguna yang menghantar maklumat sulit tersebut kepada pihak kami.

Dukacita kami zahirkan untuk melihat anda menyahaktifkan akaun anda namun pihak kami akan berusaha untuk melayani pelanggan kami sebaik mungkin. Kami bersedia dalam membantu menyelesaikan sebarang ralat yang anda hadapi dengan akaun anda.
Dengan menyahaktifkan akaun Mobiva Citizen, anda juga membatalkan kesemua poin ganjaran dan yang berkaitan dengan Mobiva Citizen. Sekiranya anda mendaftar semula akaun anda di masa hadapan, sebarang poin ganjaran dan yang berkaitan tidak akan dikembalikan semula. Apabila akaun Mobiva Citizen anda dinyahaktifkan, akaun anda tidak boleh dicapai, dikembalikan dan kekal nyahaktif.

Jika anda masih mahu meneruskan proses nyahaktifkan akaun anda, sila hubungi kami di laman sesawang https://mobiva.net/contact-us atau email kepada support@mobiva.net

Fungsi-fungsi

Kata laluan yang dimasukkan adalah tidak sah. Sila masukkan alamat email yang didaftarkan dan tekan butang set semula jika anda terlupa kata laluan.

Latih tubi ialah sesi latihan yang memastikan semua orang tahu cara keluar dengan selamat secepat mungkin dan kejadian sebenar adalah kecemasan yang sebenar. Sesi latih tubi berkala biasanya dilaksanakan untuk memastikan semua orang bersedia jika kecemasan benar-benar berlaku.

Lokasi tempat berkumpul adalah tetapan kekal yang tidak berubah. Pengguna awam tidak boleh menukar lokasi tempat berkumpul tersebut. Hanya pegawai keselamatan perbandaran atau petugas bangunan tempatan yang dibenarkan menentukan tempat berkumpul yaang sesuai dan selamat dari bencana alam. Sewaktu proses pemindahan diaktifkan, peta ke kawasan selamat yang ditetapkan oleh pegawai keselamatan perbandaran atau petugas bangunan tempatan akan dipaparkan di dalam aplikasi Mobiva Citizen.